!khlas

anda ikhlas?
cmne yg boleh ditafsirkan ngan ikhlas....
klu kite sedekah kt org bole ker kite ckp saya ikhlas ni..
ikhlas ker cm2??? terpulang la pd pendapat individukan... yg penting ap yg kite buat adalah utk mendapat keredhaan dariNya.. tu yg paling penting...

IKHLAS

(Ust. Hasrizal Abdul Jamil)

Al- Imam Asy Syahid Hasan Al-Banna berkata :

“Yang saya maksudkan dengan ikhlas ialah setiap akh Muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala dari-Nya. Semua perkataan, amalan dan jihad tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kedudukan terkemuka atau mundur. Dengan itu beliau menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar sesuatu atau kepentingan.”

Firman Allah swt di dalam surah Al-An’am 162-163 yang bermaksud :

“Katakanlah olehmu: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan dengan yang demikian itulah aku diperintahkan.”Dengan itu akh muslim dapat memahami slogan yang sering dilaungkan : “Allah matlamat kami, Allah maha besar, bagi Allah segala pujian.”

Keterangan

Ikhlas ialah melakukan amalan semata-mata mencari keredhaan Allah swt, tanpa dicampuri dengan tujuan dunia. Amalannya tidak dicampuri dengan keinginan dunia, keuntungan, pangkat, harta, kemasyhuran, kedudukan tinggi di kalangan manusia, meminta pujian, lari dari kejian, mengikut hawa nafsu yang tersembunyi atau lain-lain lagi yang boleh dihimpunkan dalam : “Melakukan amalan bukan kerana Allah.” Ikhlas dengan makna ini adalah buah dari tauhid yang sempurna iaitu mengesakan Allah taala dalam ibadat. Kerana itulah riya’ (menunjuk-nunjuk) yang merupakan lawan kepada ikhlas adalah perbuatan syirik. Syidad bin Aus berkata : “kami mengira riya’ adalah syirik kecil pada zaman Rasulullah saw.”

p/s: keikhlasan rahsia dalam rahsia

1 komen anda:

Ichi said...

I K H L A S, TAPI JAUH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...